Senarai bangunan Senarai_bangunan_dan_lokasi_Naruto

Kediaman Hokage

Kediaman Hokage

Kediaman Hokage merupakan sebuah bangunan besar yang didiami oleh Hokage yang sedang memerintah di Konoha. Ia terletak berdekatan dengan kedua-dua Akademi Ninja dan Monumen Hokage. Ia telah dibina semenjak pemerintahan Hokage Pertama dan kini didiami oleh Tsunade yang bertugas sebagai Hokage Kelima.

Di dalam bangunan tersebut terdapat banyak skrol-skrol rahsia dan terlarang, di mana ianya membawa banyak rahsia jutsu-jutsu yang tidak diketahui. Beberapa ketika sebelum Tsunade berpindah masuk, cucu Hokage Ketiga iaitu Konohamaru telah mengurung dirinya di dalam bilik tersebut, kemudiannya Konohamaru telah memasang banyak perangkap samar agar dapat menjadi halangan. Walau bagaimanapun, ke semua perangkap samar tersebut berjaya di atasi oleh Tsunade.

Di beberapa tempat tertentu pada bahagian luar bangunan tersebut, tertera tulisan kanji 火 (Api), sebagai lambang kepada kedudukan kampung Konoha yang terletak di dalam Negara Api.

Trivia:

  • Terdapat sebuah bebola sakti di dalam bangunan tersebut dan pernah digunakan oleh Hokage Ketiga untuk mencari Naruto ketika dia melarikan satu skrol rahsia mengenai Teknik Bayang Berganda setelah dihasut oleh Mizuki.

Ichiraku Ramen

  • Teuchi - Suara latar oleh Eisuke Asakura (Jepun) dan Lex Lang (Inggeris)
  • Ayame - Suara latar oleh Masayo Hosono (Jepun) dan Danielle Judovits (Inggeris)

Ichiraku Ramen (一楽 ラメン, "Gerai Ramen Ichiraku") merupakan gerai ramen yang sering dikunjungi oleh Naruto Uzumaki dan Iruka Umino. Gerai tersebut diusahakan oleh Teuchi dan anaknya Ayame. Mereka berdua merupakan di antara sebilangan penduduk Konoha yang tidak memandang serong terhadap Naruto, malah menganggap Naruto sebagai pengunjung tetap di gerai mereka. Bagaimanapun, Ayame kini sedang berada di suatu lokasi yang tidak diketahui dan tempatnya telah diganti oleh dua orang pekerja sementara lelaki yang bersikap kelam-kabut, cuai dan gopoh; Nishi dan Matsu. Gerai Ramen Ichiraku merupakan sebuah set lokasi yang seringkali muncul dalam beberapa babak sepanjang siri ini diterbitkan atau ditayangkan, terutamanya pada pengawalan siri ini.

Gerai Ramen Ichiraku diusahakan oleh Teuchi (yang mana Naruto menggelarnya sebagai "Orang tua") dan anaknya Ayame. Mereka berdua merupakan di antara sebilangan penduduk Konoha yang tidak memandang serong terhadap Naruto, malah menganggap Naruto sebagai pengunjung tetap di gerai mereka. Juga, di dalam sebuah episod siri animasi sampingan (filler - episod 101) mereka telah terlihat secara rambang wajah sebenar Hatake Kakashi ketika sedang menikmati ramen di gerai tersebut.

Di dalam episod 168, gerai ramen tersebut telah ditutup sementara setelah Ayame diculik oleh ryu-nin (ninja masakan) yang diketuai oleh Hakaku, seorang ryo-nin dari Iwagakure. Gerai tersebut kemudiannya dibuka semula di penghujung episod tersebut dengan memperkenalkan beberapa menu baru termasuklah diet ramen yang digemari oleh wanita. Ayame telah menjadi berisi setelah memakan banyak makanan sedap yang dimasak oleh ryo-nin; ini mencetuskan idea kepada penciptaan diet ramen. Makanan mereka yang dianggap menggemukkan itu juga menjadi sebab utama kepada penculikan tersebut. Kebanyakkan karakter wanita yang dikenali di dalam siri ini, tidak termasuk Tsunade dan Shizune telah mengunjungi gerai ramen Ichiraku untuk mencuba ramen tersebut; termasuklah karakter yang sepatutnya musuh.

Di dalam bahagian kedua siri Naruto (Naruto: Shippuden), ketika Naruto mengunjungi gerai tersebut apabila mengambil rehat daripada latihan manipulasi chakranya, pembantu gerai tersebut telah digantikan oleh dua orang pekerja sementara lelaki yang bersikap kelam-kabut, cuai dan gopoh; Nishi dan Matsu. Mereka berdua kelihatan agak tidak cermat dan ini dilihat apabila Matsu telah secara tidak secara tercelup jarinya ke dalam ramen yang sedang dihidangkan dan Nishi yang tersadung kakinya ketika cuba menghantar ramen yang baru kepada Naruto dan ramen yang panas itu telah terkena rakan sekerjanya Matsu. Kedua-dua karakter Matsu dan Nishi dilihat memiliki persamaan wajah dengan dua karakter yang muncul di dalam Filem Naruto Ketiga (di dalam manga). Di dalam siri animasi (anime), Ayami telah menyakinkan ayahnya (Teuchi) untuk menukarkan gerai ramen tersebut kepada gerai Tsukemen. Teuchi telah membuat kesilapan ketika cuba menyediakan hidangan tersebut mengakibatkan pesanan tersebut terlambat. Apabila pesanan tersebut tiba, Naruto telah menjamunya dengan cara yang salah dan ianya telah dilihat oleh Ayame; seterusnya ini telah mencetus kepada pertengkaran kecil anatara Naruto dan Ayame.

Gerai Ramen Ichiraku dicipta berasaskan kepada sebuah gerai ramen di dunia nyata, juga dikenali sebagai "Ichiraku Ramen" yang terletak berhampiran dengan bandar Fukuoka, Jepun. Menurut suatu sumber tempatan, adalah diketahui bahawa pengarang siri ini iaitu Masashi Kishimoto sering mengunjungi gerai tersebut ketika belajar di sebuah universiti di sana (Universiti Kyushu Sangyo Daigaku). Ia terletak bersebelahan dengan Restoran Yakiniku (sejenis bentuk barbeku Jepun), tempat makanan cina dan kedai permainan video. Tonkotsu ramen merupakan ramen yang dijual di sana. Terdapat dua lokasi gerai Ichiraku Ramen iaitu sebuah berhampiran stesen JR's Kyu-dai mae yang berhampiran dengan universiti dan sebuah lagi berhampiran pekan di Hakata.

Sebagai sebahagian barangan Naruto, sapu tangan yang mempunyai pelbagai karakter Naruto di dalam mangkuk ramen berlabel "Ichiraku Ramen" turut dijual. Kemudian, apabila Naruto berehat selepas latihan manipulasi chakranya di gerai Ramen Ichiraku; mereka telah berhenti dari menjual ramen dan bermula dengan penjualan Tsukemen.

Jambatan Besar Naruto

Jambatan Besar Naruto (なると大橋, "Naruto Ōhashi") adalah sebuah jambatan panjang dan luas yang telah berada dalam binaan ketika permulaan siri Naruto. Pasukan Kakashi (Pasukan 7) telah mendapat tugasan atau misi tahap-C untuk dilaksanakan yang mana ia telah membawa mereka ke Negera Ombak, tempat terletaknya lokasi jambatan tersebut. Orang yang menjadi ketua kepada projek pembinaan jambatan tersebut adalah Tazuna yang berharap ianya menjadi "pemutus" kepada monopoli ekonomi oleh Gato di negara tersebut; seterusnya dengan harapan menghapus kemiskinan di sana.

Jambatan tersebut dibina bertujuan untuk menjadi simbol semangat agar penduduk tempatan menentang kuasa monopoli Gato terhadap ekonomi di negara Ombak. Tazuna telah menyerahkan jiwa dan raganya serta keselamatan untuk membina jambatan tersebut. Namun persiapan jambatan tersebut terbantut apabila kebanyakkan pekerja yang ditugaskan untuk menyiapkannya telah dibunuh oleh Momochi Zabuza dan Haku. Jambatan tersebut juga telah menjadi tempat kematian Zabuza, Haku dan juga Gato. Setelah siap, Tazuna telah bertekad untuk menamakan jambatan tersebut bersempena nama Naruto; maka terciptalah Jambatan Besar Naruto yang mana menurut penduduk negara tersebut telah menjadi pendorong dan pencetus kepada semangat di dalam diri mereka untuk menentang Gato.

Jambatan Besar Naruto yang sebenar

Setelah Sasuke melepas Suigetsu, selaku ahli pertama Pasukan Hebi, mereka telah mengembara ke tempat persemadian Zabuza dan Haku. Ini telah membawa mereka ke negara Ombak. Suigetsu telah bertanyakan sesuatu kepada Sasuke setelah perasan tentang nama jambatan tersebut, namun tidak diendahkan oleh Sasuke. Suigetsu terperanjat apabila tiba di tempat persemadian Zabuza dan Haku kerana ianya terletak jauh daripada semua tempat yang lain. Suigetsu kemudiannya segera mengambil pedang besar peninggalan Zabuza iaitu Kubikiri Hōchō (首斬り包丁, "Pedang Pemutus Kepala") sejenis pedang besar yang berat lalu membawanya pergi.

Trivia:

  • Jambatan Besar Naruto merupakan lokasi pertarungan besar yang terdapat dalam permainan video Naruto yang terawal.
  • Terdapat jambatan sebenar yang dinamakan Jambatan Besar Naruto (大鳴門橋, Ōnaruto-kyō). Terletak di antara bandar Naruto, Takushima dan Pulau Awaji. Ianya menyeberangi Selat Naruto yang terkenal dengan air pusaran (Uzumaki (渦巻き) yang mana ia adalah perkataan Jepun untuk air pusaran.

Akademi Ninja

Akademi Ninja (忍者学校, "Akademī") merupakan tempat untuk melatih pelajar Akademi Ninja sebelum mereka boleh menjadi Genin. Di antara guru akademi yang diketahui adalah Umino Iruka dan Mizuki.

Bangunan ini boleh dikenalpastikan melalui sebatang pokok yang mempunyai buaian padanya (selalu digunakan oleh Naruto). Bilik darjah di dalam akademi ini mempunyai siling yang tinggi dan ruang yang luas. Di hadapan papan hitam pengajar terdapat satu podium yang terletak jauh daripada meja pelajar yang terletak di posisi yang mudah dilihat oleh pengajar. Tingkap besar di dalam bilik darjah tersebut boeh digunakan untuk tujuan pintu keluar kecemasan. Bumbung bangunan akademi ninja terletak betul-betul di bawah Gunung Hokage, selalu digunakan sebagai tempat memberikan ceramah kepada pelajar akademi.

Pelajar akademi akan diajar asas ninjutsu, genjutsu, taijutsu dan cara bagaimana mengawal chakra jika mereka memiliki kebolehan tersebut. Apabila mereka tamat pengajian, mereka akan dibahagikan kepada kumplan bertiga yang diketuai oleh seorang Jonin. Mereka akan sekali lagi diuji oleh Jonin yang berperanan sebagai guru mereka dan jika gagal mereka akan dihantar semula ke Akademi Ninja.

Trivia:

  • Walaupun tulisan Jepun untuk Akademi ninja boleh ditulis sebagai Akademī (アカデミー), tetapi ia ditulis dalam tulisan Kanji sebagai Sekolah Ninja (忍者学校, "ninja gakkō").

Lain-lain bangunan

  • Gerai Dumpling Dango - Merupakan sebuah kedai khas yang pakar dalam penyedia Dango (sejenis dumpling manis) dan pernah dilawati oleh Uchiha Itachi dan Hoshigake Kisame ketika mereka datang ke Konoha dalam usaha mencari Naruto.
  • Ibu Pejabat Polis Ketenteraan Konoha - Diasaskan oleh klan Uchiha dan secara umumnya dianggotai oleh semua orang dari klan Uchiha. Berfungsi sebagai penguatkuasa di Konoha. Fugaku Uchiha (bapa kepada Sasuke dan Itachi) pernah menjadi ketua kepada pasukan polis Konoha ini.
  • Hospital Konoha - Merupakan satu-satunya hospital yang ada di Konoha (berkemungkinan dalam siri ini juga). Ia menyediakan keperluan medikal kepada semua penduduk Konoha. Ia dilengkapi dengan kemudahan yang jauh lebih maju jika dibandingkan dengan kampung ninja yang lain.